Home » » Lawak Solo 2016, Program Realiti [2016]

Lawak Solo 2016, Program Realiti [2016]

Written By Unknown on 11 Dec 2016 | 11:56 am

Lawak Solo 2016

Lawak Solo

Program realiti komedi terbaharu Astro Warna iaitu Lawak Solo bersiaran selama 8 minggu mula menemui penonton secara langsung dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada setiap hari Jumaat, bermula 21 Oktober 2016, jam 10.00 malam dan boleh ditonton secara eksklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (Saluran 134). Dihoskan oleh pelawak terkenal Johan. Manakala Fad Bocey bersama dua lagi pelawak popular di laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee menggalas tugas sebagai hos dibelakang tabir.

Juara yang bakal dinobatkan pada minggu terakhir kelak akan menerima ganjaran wang tunai berjumlah RM 80,000.00 berserta trofi manakala naib juara dan tempat ketiga pula akan menerima habuan sebanyak RM 40,000.00 dan RM 20,000.00 berserta trofi.

Segala aktiviti dan pembelajaran para peserta ini akan disiarkan menerusi ‘Kapsul Lawak Solo’ setiap hari di saluran Astro Warna. Selain itu juga peserta akan diberikan beberapa cabaran bagi menguji tahap kemahiran dan kreativiti mereka dalam berkomedi di antaranya berjumpa dengan orang ramai di tempat-tempat awam dan mereka kemudiannya dikehendaki untuk membuat lawak secara spontan di khalayak ramai.

SENARAI PESERTA LAWAK SOLO 2016 

1. DANIAL | Mohamad Danial Bin Mohd Zaini | 23 tahun | Pulau Pinang
2. MAD SABAH | Achmad Bin Rusli | 28 tahun | Sabah |
3. NIZAM | Mohd Nornizam Bin Mohd Yusof | 35 tahun | Selangor
4. AG HAFIZ | Mohd Hafiz Bin Abdul Ghani | 31 tahun | Perak
5. AARON | Aaron Aw Teik Hong | 31 tahun | Kuala Lumpur
6. WAN GEGAU | Mohd Saffuan Bin Samsudin | 29 tahun | Melaka
7. KC NAZARI | Ahmad Fadli Bin Mohd Nazari | 33 tahun | Seremban
8. DINN (Dengerous) | Nor Hisyabudin Bin Bahar | 31 tahun | Kedah
9. FIKRY | Ahmad Fikry Bin Ahmad Ibrahim | 22 tahun | Kedah
10. RIDZUAN | Muhammad Ridzuan Bin Ahamad Hsbulah | 22 tahun | Pahang

LAWAK SOLO MINGGU 1 - 21/10/2016
LAWAK SOLO MINGGU 2 - 28/10/2016
LAWAK SOLO MINGGU 3 - 04/11/2016
LAWAK SOLO MINGGU 4 - 11/11/2016
LAWAK SOLO MINGGU 5 - 18/11/2016
LAWAK SOLO MINGGU 6 - 25/11/2016
LAWAK SOLO MINGGU 7 - 02/12/2016
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger