Home » » Super Spontan Superstar 2016

Super Spontan Superstar 2016

Written By Unknown on 8 Oct 2016 | 11:44 am

Super Spontan Superstar 2016

Super Spontan Superstar 2016

Program realiti Super Spontan kembali dengan musim terbarunya, menampilkan 16 peserta terdiri daripada para selebriti dan pelawak popular tanahair. 16 selebriti ini akan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Harimau Hipster dan Monyet Mafia diketuai oleh Johan Raja Lawak dan Tauke Raja Lawak bagi memimpin barisan peserta yang lain. Dato’ AC Mizal kekal sebagai hos ditemani pelawak genit, Amir Raja Lawak yang akan muncul menghangatkan suasana selaku pengacara bersama. Adflin Shauki pula bakal memegang amanah selaku komentator, berpasangan dengan seorang selebriti jemputan yang akan diundang setiap minggu.

Masih mengekalkan format asal, program realiti Super Spontan Superstar bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (UPM), Serdang selama 10 minggu, pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam mulai 5 Ogos 2016 dtayangkan serentak menerusi Astro Warna (Saluran 132) dan Mustika HD (Saluran 134).

Peserta Super Spontan Superstar 2016 Tauke, Abam Bocey, Syuk Joras, Fad Bocey, Zulin Aziz, Ozlynn, Jamal, Waris, Johan Raja Lawak, Achey, Ali Puteh, Amyza Adnan, Kamal Adli, Julia Ziegler, Altimet, Zuki.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger