Home » » Pergilah Airmata Ramadan, Skrin TV9 [2016]

Pergilah Airmata Ramadan, Skrin TV9 [2016]

Written By Unknown on 21 Jun 2016 | 9:49 am


Sinopsis Pergilah Airmata Ramadan

Tanpa rasa belas kasihan, Ghani terus memukul Sufiya. Tidak cukup dengan itu, Ghani ambil pula wang gaji Sufiya yang disimpan untuk perbelanjaan sekolah anak-anaknya. Sufiya tidak berdaya melawan, dia hanya mampu menangis meraung kesakitan. Adani (17 tahun) dan dua orang adiknya Amir(11 tahun) dan Azra(6 tahun )juga tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka hanya mampu menangis melihat ibunya dipukul dengan kejam oleh bapa mereka. Setelah Ghani beredar, mereka terus mendatangi Sufiya yang sudah lemah dan mereka saling berpelukan dalam kesedihan. Sufiya tersedar daripada mimpi ngeri yang sering menghantuinya. Nafasnya tercungap-cungap dan dia beristighfar. Kedengaran suara dengkuran . Sufiya menoleh dan lihat Azman, suami barunya yang sedang tidur lena. Sufiya meraup wajahnya. Rasa kesal dan bersalah menyelubunginya. Setelah bercerai, 3 orang anaknya dijaga oleh Ghani. Dua tahun sudah pun berlalu sejak Sufiya meninggalkan Adani dan adik-adiknya dek kerana tidak dapat bertahan dengan perangai buruk suaminya yang panas baran dan kaki pukul. Oleh kerana sering didera, Adani dan adik-adiknya nekad lari daripada bapa mereka untuk bersatu semula bersama ibu tersayang mereka.

Lakonan Dira Abu Zahar, Fauzi Nawawi, Didie Alias, Puteri Aishah, EJA LORENA



Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger