Home » » Muazzin, Skrin TV9 [2016]

Muazzin, Skrin TV9 [2016]

Written By Unknown on 29 Jun 2016 | 4:26 pm

Muazzin TV9

Sinopsis Muazzin

Mengisahkan Hawa, seorang doktor berusia 30-an, yang masih belum lagi berkahwin dan tidak mempunyai perasaan cinta terhadap lelaki setelah gagal bercinta buat pertama kali.

Walaupun Hawa hanya berdoa dan berserah kepada Tuhan dalam menentukan jodohnya, ayah Hawa, Imam Agus, tetap risau dengan keadaan anak gadisnya yang telah menolak beberapa pinangan lalu menasihatkan Hawa agar mencari jodoh dengan segera mengikut tuntutan sunnah Nabi Muhammad. Tambahan pula kesihatan Imam Agus yang saban hari semakin dimakan usia, dia amat berharap untuk melihat bakal menantunya dan menimang seorang cucu suatu hari nanti.

Pada suatu hari, ketika azan Subuh sedang berkumandang, secara tiba-tibanya Hawa terbuka hati ingin mengenali muazzin yang melaungkan azan Subuh dari masjid berhampiran dengan kawasan rumahnya. Malangnya, tiada sesiapa pun yang mengenali muazzin subuh itu.

Pelakon telemovie Muazzin Zara Zya, Amar Asyraf, Zaidi Omar, Amyza Adnan, Hamid Gurkha, Achong Sweetchild, Keena Mentor.


Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger