Home » » Suami Tanpa Cinta, Astro Ria [2016]

Suami Tanpa Cinta, Astro Ria [2016]

Written By Unknown on 29 Apr 2016 | 8:59 am

Suami Tanpa Cinta Astro Ria

Sinopsis Suami Tanpa Cinta Astro Ria

Suami Tanpa Cinta mengisahkan Zaidan Iman dan Ain Syifa. Mereka berkawan baik sejak zaman sekolah. Bila dewasa mereka terpaksa berkahwin demi untuk menyelamatkan perniagaan keluarga. Tujuan perkahwinan mereka adalah untuk menggabungkan syarikat milik keluarga mereka.

Perkahwinan mereka ini bersyarat. Sekiranya Ain diceraikan, maka syarikat akan menjadi miliknya dan Zaidan Iman tiada hak lagi ke atas syarikat tersebut. Kerana syarat ini, Zaidan Iman dan Ain Syifa berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan perkahwinan mereka.

Akibat satu kisah silam, Ain Syifa telah mengunci hatinya untuk mencintai Zaidan Iman tetapi lelaki itu amat mencintai Ain Syifa. Semakin hari kehidupan mereka menjadi semakin bahagia kerana masing-masing saling melengkapi. Zaidan Iman berusaha untuk membuatkan Ain mencintainya. Tetapi dalam masa yang sama, Ain Syifa pula semakin keliru dengan perasaan sendiri. Dalam dia Zaidan Iman mula menyedari yang Ain Syifa sudah mula jatuh cinta kepadanya tetapi masih belum ingin mengakui.

Namun kebahagiaan mereka diuji dengan satu berita. Ain Syifa mula sangsi dengan perasaan Zaidan Iman. Dia merasakan seolah ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Zaidan Iman dari pengetahuannya. Bila keadaan mula tidak terkawal, Ain Syifa melarikan diri dan meninggalkan hanya sekeping nota untuk Zaidan Iman.

Apakah akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Dapatkan Zaidan Iman mencari semula Ain Syifa. Benarkah berita yang didengari oleh Ain Syifa itu? Dan dapatkah pasangan ini mempertahankan perkahwinan mereka?

Drama Suami Tanpa Cinta yang akan bersiaran selama 16 episod turut dibintangi oleh Christina Suzanne, Sarah Hildebrand, Mark Adam, Afzan A.Rahman, Noor Ikhram, Wan Sharmila, Mia Nasir, Roy Azman, Zeila Jalil, Hilal Azman, Liza Abdullah dan Ungku Ismail Aziz.

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger