Home » » Mr Boss Miss Stalker, Dahlia TV3 [2016]

Mr Boss Miss Stalker, Dahlia TV3 [2016]

Written By Unknown on 5 Jun 2016 | 11:32 am


Sinopsis Mr Boss Miss Stalker

Mr Boss Miss Stalker mengisahkan seorang gadis bernama Sara Azreen yang telah ditugaskan oleh bapa saudaranya Hamzah untuk menjadi pengintip pada seorang jejaka bernama Hariz Zhafran yang merupakan seorang CEO di Mentari Angkasa Sdn Bhd. Hariz Zhafran menjadi suspek dalam pembunuhan Tan Sri Jalil.

Pada awalnya Sara Azreen agak keberatan untuk melaksanakan misi tersebut namun kerana rasa terhutang budi pada Hamzah yang telah membiayai kos pembelajarannya sewaktu di Australia dulu, akhirnya Sara Azreen bersetuju. Demi untuk melaksanakan misi tersebut, dia telah memohon jawatan sebagai jurutera di Mentari Angkasa.

Setelah mendapat jawatan jurutera yang dipohonnya itu, Sara Azreen memulakan misi pengintipan. Perwatakan Hariz Zhafran yang tidak bertimbang rasa dan garang membuatkan Sara berasa lebih yakin bahawa bosnya itu adalah seorang yang kejam dan tidak mustahil terlibat dalam kes pembunuhan Tan Sri Jalil. Malah Sara juga yakin bahawa Hariz Zhafran turut terlibat dalam kes penculikan Liza yang merupakan anak perempuan kepada Tan Sri Jalil.

Misi penyelidikan Sara agak terganggu dengan kehadiran Izzudin yang sentiasa mencari peluang untuk mendekatinya. Izzudin adalah pengurus di Mentari Angkasa. Manakala Ria Alisya pula yang merupakan seorang pelakon popular dan teman wanita kepada Hariz berasa agak tergugat dengan Sara.

Semakin lama menyelidik, Sara mula rasa serasi bersama Hariz selepas mengenali keperibadian sebenar lelaki itu. Tapi tugasan baru yang diberikan oleh Hamzah kepada Sara membuatkan dia mula berbelah hati. Dia terpaksa berpura-pura menerima cinta Hariz Zhafran sedangkan dalam masa yang sama lelaki itu melamarnya. Mampukah Sara meneruskan misi penyelidikannya ataupun dia akan berterus terang kepada Hariz Zhafran?

Pelakon Riz Amin, Miera Leyana, Shazmeer, Nazeera Sardi, Aleza Shadan, Marisa Yasmin, Kodi Rasheed dan Aman Shah

Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Support : Tonton Drama | Google | Blogger | Facebook
2014 Blog Hiburan Semasa
Template Created by Creating Website Proudly powered by Blogger